4 Petua Hilangkan Parut Jerawat Pada Wajah - Abang Terlajak Laris


4 Petua Hilangkan Parut Jerawat Pada Wajah


Perkongsian oleh Syazlin Mansor,

Ada parut jerawat di muka? Cubalah mana-mana petua di bawah untuk hilangkan parut jerawat di wajah.

1-Daun Sirih

Tumbuk sehelai daun sirih muda hingga lumat. Tepek pada parut jerawat di wajah dan biarkan kering. Setelah kering, bilas muka dengan air bersih.
Amalkan 3 kali seminggu.

2-Timun

Kisar sebiji timun dan tapis jusnya. Ambil hampastimun dan sapukan ke seluruh muka. Biarkan dalam setengah jam dan bilas bersih dengan air suam. Amalkan 3 kali seminggu.

3-Pegaga

Cuci bersih pegaga bersama dengan akarnya sekali. Giling atau tumbuk hingga lumat. Campurkan dengan bedak sejuk dan sedikit air. Tepek pada parut jerawat di wajah dan biarkan kering. Setelah kering, bilas muka dengan air bersih.

4-Kulit Kayu Manis

Ambil sedikit serbuk kayu manis, campurkan dengan sedikit air untuk menjadi pes. Tepek pada parut jerawat di wajah dan biarkan kering. Setelah kering, bilas muka dengan air bersih. Amalkan sekerap boleh.

No comments

Powered by Blogger.