Buat Salah? 5 Cara Ini Paling Mudah Nak Minta Maaf Dengan Pasangan - Abang Terlajak Laris


Buat Salah? 5 Cara Ini Paling Mudah Nak Minta Maaf Dengan Pasangan


Ada pertengkaran terjadi disebabkan hal yang remeh kerana sikap anda berdua yang tidak mahu mengalah, dua-dua tidak mahu tunduk apatah lagi mengaku salah. Betul tak?

1. Cuba untuk mencari momen dan masa yang betul, jangan dilakukan semasa pasangan sedang emosi dan tidak boleh berfikir dengan baik. Biarlah keadaan lebih tenang, beri dia masa untuk meredakan emosi. 

2. Minta maaf anda harus ikhlas dan jangan ragu untuk melakukan interaksi melalui mata. Mata dapat mengeluarkan ekspresi apa yang sebenarnya terbuku dalam hati anda.

3. Bila ingin berikan hadiah, lebih baik dilakukan nanti, setelah anda meminta maaf. Hadiah akan lebih bermakna apabila dilakukan dengan ikhlas.

4.Jangan membuat permohonan maaf anda secara berbelit-belit dan cuba justifikasi diri anda atau kata mudah cuba analisis kesalahan, itu menunjukkan seperti anda tidak ikhlas.

5. Berikan sesuatu yang dia senangi, atau lebih baik bila buatkan sesuatu yang dia senangi. Misalnya dengan kad ucapan yang mengandungi permohonan maaf atau pancing perutnya dengan memasak makanan kegemaran, ini lagi sweet.

Sumber: www.wanista.com

No comments

Powered by Blogger.