5 Tips Sabar Dengan Pasangan Kuat Merajuk - Abang Terlajak Laris


5 Tips Sabar Dengan Pasangan Kuat Merajuk


Dah puas rasanya memujuk si dia tapi rajuknya masih tidak reda, Cuba praktiskan tips ini untuk anda kekal positif dan sabar menghadapi perangai kuat merajuk pasangan. 

Jom praktikkannya bersama! 

Ketahui Alasan / Sebab Si Dia Merajuk 

Siasat perkara apakah yang menjadi si dia moody dan bermasam muka dengan anda. Mungkin mood swing sebab datang bulan ke? atau anda buat lawak tidak bertempat. Tak mungkin dia merajuk tanpa sebab, kalau anda dah tahu sebabnya..elakkan membuat lagi perkara ‘terlarang’ itu lagi. 

Jangan Ambil Hati 

Cuba anda bertindak bijak dengan memanipulasikan sedikit emosi tidak matang kekasih anda. Jangan sesekali anda cuba terikut dengan sikap rajuk si dia, kalau boleh anda buat dia rasa bersalah pula dengan sikap merajuk dia yang tak habis itu. Apa yang penting anda rileks sahaja bila dia merajuk, lambat-laun si dia pasti tersedar. 

Hargai Si Dia 

Kalau nak ikutkan perasaan sebenar, mahu sahaja diluahkan perkara yang anda tidak puas hati juga. Tapi apa yang terbaik cubalah saat manis bersama anda dengan si dia, percayalah rajuknya mungkin sekejap sahaja. Pada waktu inilah, anda boleh lihat kekurangan pada pasangan untuk anda memperbaikinya. 

Jangan Ungkit ‘Cerita Lama’ 

Bila si dia merajuk, usahlah berkata apa yang lagi ingin menyakitkan hati dia. Lebih baik anda berdiam diri, ya, kalau anda curah lagi minyak di api pasti lagi isu merajuk ini bertambah marak besarnya. Refleksikan diri anda dengan sesuatu yang positif, imbas kembali pergaduhan yang lalu adalah kerana anda berdua sangat saling mencintai. 

Saya Cinta Kamu 

Dia lah insan yang melengkapi hari-hari anda, maafkan sikap merajuk si dia dengan ungkapan ‘I love you’ atau pelukan mesra. Jangan pernah serik untuk memujuk, jika tidak pandai meluahkan cukuplah dengan meninggalkan nota ringkas cinta di atas mejanya atau pesanan ringkas. 

Sumber: Wanista 

No comments

Powered by Blogger.