6 Kesan Hebat Amal Minum Air Putih Setiap Pagi - Abang Terlajak Laris


6 Kesan Hebat Amal Minum Air Putih Setiap Pagi


Hanya dengan minum air putih dalam keadaan perut kosong waktu pagi anda sebenarnya mampu menghindari tubuh daripada pelbagai penyakit dan mendapat banyak kebaikan termasuk kulit cantik dan langsing.

1. Buang racun dari tubuh

Pada malam hari ketika kita tidur tubuh melakukan proses pemulihan dan mengeluarkan semua toksin atau racun yang masuk ke dalam tubuh melalui pemakanan, pencemaran, ubat dan sebagainya.

Apabila anda minum air putih pada pagi dalam keadaan perut kosong, ia akan membantu toksin-toksin ini keluar dari dengan lebih cepat keluar dan membuatkan tubuh rasa lebih segar. Minum banyak air putih juga akan meningkatkan penghasilan sel-sel otot dan sel-sel darah baru.

2. Meningkatkan metabolisme

Pengambilan air air putih sewaktu perut kosong juga membantu meningkatkan metabolisme tubuh sehingga 24 peratus. Apabila tahap metabolisme meningkat, sistem pencernaan juga akan lebih lancar. Selain itu, minum air selepas bangun tidur juga membersihkan usus membolehkan nutrisi lebih mudah diserap.

3. Langsing

Masih berkait dengan dengan dua fakta di atas, apabila semua racun dikeluarkan sistem pencernaan semakin baik, kesannya kita tak mudah lapar dan nafsu makan jadi terkawal. Hasilnya badan akan kekal langsing kerana tidak tergoda untuk makan lebih.

4. Kulit makin sihat dan cantik

Tubuh yang kurang air mendorong kemunculan kedutan dan pori-pori besar pada kulit wajah. Untuk mencegah perkara ini minum 500 cc air putih dengan keadaan perut kosong waktu pagi.

Ia akan melancarkan aliran darah pada kulit menjadikan wajah tampak bercahaya dan anda tak perlu lagi menggunakan krim untuk membangkitkan seri wajah.

5. Mencegah penyakit batu karang dan jangkitan pundi kencing

Jangkitan pada pundi kencing biasa dialami wanita terutama ibu hamil. Satu cara mengatasinya adalah dengan minum banyak air putih terutama pada waktu pagi. Ia membolehkan racun dalam tubuh keluar dan mengurangkan risiko terkena penyakit jangkitan.

6. Kuatkan sistem imuninasi tubuh

Minum air putih sewaktu perut kosong akan menjaga sistem limfa yang seterusnya memperkuatkan sistem imunisasi atau pertahanan tubuh dari penyakit. Bila ini berlaku anda tak mudah jatuh sakit.

No comments

Powered by Blogger.