Nak Masak Jadi Mudah & Cepat, Buat & Simpan Enam Pes Homemade Ini - Abang Terlajak Laris


Nak Masak Jadi Mudah & Cepat, Buat & Simpan Enam Pes Homemade Ini


Perkongsian oleh Sumber De Rossza HomemadeSebagai ibu kita nak hasilkan masakan dengan mudah dan dapat disediakan dengan pantas. Oleh itu cubalah sediakan 6 pes homemade ini.

PES IKAN BAKAR

Bahan-bahan:

Cili kering
Bawang besar
Bawang merah
Bawang putih
Serai
Belacan
Kunyit hidup
Gula
Air asam jawa
Daun kunyit
Garam

Cara Buat:

1. Blend cabai kering, bawang besar, bawang merah dan bawang putih, serai yang dihiris nipis-nipis, sedikit belacan dan kunyit hidup sehingga halus.

2. Panaskan kuali dan tumis bahan blendar dengan sedikit minyak.

3. Masukkan gula dan perahan air asam jawa. Masak sehingga naik minyak.

4. Masukkan garam dan hirisan daun kunyit. Kacau sebati dan tutup api.

PES SAMBAL TUMIS

Bahan-bahan:

Cili kering
Bawang besar
Bawang merah
Bawang putih
Belacan
Gula Melaka
Air asam jawa

Cara Buat:

1. Blend cili kering, bawang besar, bawang merah, bawang putih dan belacan.

2. Tumis dalam minyak panas. Masukkan gula melaka/gula putih dan perahan air asam jawa. Kacau sehingga naik minyak.

3. Masukkan garam/perisa. Tutup api.

PES KARI IKAN

Bahan-bahan:

Bawang merah
Bawang putih
Daun kari
Halba
Rempah kari ikan
Bawang besar
Cili kering
Air asam jawa

Cara Buat:

Tumis bawang merah dan bwg putih yg dihiris halus bersama daun kari dan halba campur sehingga kekuningan.

2. Masukkan bahan blendar- rempah kari ikan, bawang besar, bwg merah, bwg putih dan sedikit cili kering.

3. Masukkan perahan air asam jawa dan garam. Kacau sebati. Masak sehingga naik minyak. Tutup api. (Semasa gunakan pes cuma tambahkan santan, ikan dan bendi/terung/timun dsbnya

KUAH BLACK PEPPER

Bahan-bahan:

Bawang besar
Kentang
Mentega
Sos lada hitam
Sos tiram
Kicap
Garam
Serbuk lada putih
Tepung jagung

Cara Buat :

1. Rebus bawang besar dan kentang sehingga lembut. Bila sejuk, blend sehingga halus menggunakan air rebusan tersebut.

2. Panaskan kuali dan leburkan sedikit mentega.

3. Masukkan kentang dan bawang yang diblendar.

4. Masukkan sos black pepper, sos tiram dan kicap.

5. Tambahkan sedikit serbuk lada putih, gula dan garam.

6. Sedikit tepung jagung yang dibancuh dengan air untuk memekatkan kuah.

7. Masak hingga pekat dan naik bau. (Boleh dimakan bersama fries, ayam goreng)

PES NASI GORENG IKAN BILIS

Bahan-bahan:

Ikan bilis

Bawnag merah

Bawang putih

Cili padi

Kiub ikan bilis

Cara buat :

1.Blend ikan bilis yg dibuang tulang, bawang merah, bawang putih dan segenggam cili padi.

2. Tumis semua bahan sehingga naik minyak.

3. Masukkan kiub ikan bilis. Kacau sebati sehingga agak pekat/kering. Tutup api.

(Semasa menggoreng nasi boleh tambah fish ball, udang, sotong, isi ayam, sayur2an dsbnya.

PES ASAM PEDAS TUMIS

Bahan-bahan:

Cili kering
Bawang besar
Bawang merah
Bawang putih
Tomato
Belacan
Serai
Gula
Air asam jawa
Garam


Cara Buat:

1. Blend cili kering, bawang besar, bwg merah, bawang putih, kunyit hidup, sebiji tomato dibuang biji dan sedikit belacan.

2. Tumis dlm minyak panas. 3.Masukkan serai yg diketuk, gula dan perahan air asam jawa. Kacau sehingga naik minyak.

4. Masukkan garam/perisa.

(Semasa menggunakan pes, tambah air, masukkan daun kesum dan ikan. Juga kacang bendi/timun. Tunggu didih. Tutup api.


No comments

Powered by Blogger.