8 Tanda Wanita Tengah Subur Walaupun Haid Tak Tetap, Peluang Hamil Cerah! - Abang Terlajak Laris


8 Tanda Wanita Tengah Subur Walaupun Haid Tak Tetap, Peluang Hamil Cerah!


Menurut sumber laman web perubatan, seorang wanita memiliki masa subur sekitar 6 hari dalam 1 bulan. Dalam 6 hari ini, terdapat 1-2 hari yang dikatakan ‘paling subur’. Biasanya, turut diikuti dengan beberapa tanda yang dapat dirasai secara fizikal. Anda dan pasangan digalakkan melakukan hubungan intim pada saat ini atau sebelumnya supaya sel telur (ovum) dan sperma dapat bertemu pada jangka waktu tersebut. 

1. Suhu Tubuh Badan Meningkat

Proses ovulasi dapat meningkatkan suhu basal tubuh. Anda perlu tahu suhu tubuh badan pada hari-hari biasa supaya dapat membandingkannya pada hari subur. Gunakan carta untuk mencatat suhu badan anda setiap hari. Oleh kerana perbezaannya tidak begitu banyak, pastikan anda menggunakan termometer basal yang tepat & stabil bacaannya. Setelah 2-3 hari tubuh anda mengalami proses ovulasi, hormon akan meningkatkan suhu tubuh kira-kira 0.1-0.3 darjah Celcius.

2. Rasa Lebih Ghairah

Salah satu tanda subur wanita juga dapat dirasakan melalui peningkatan nafsu syahwat. Secara semula jadi, anda juga akan merasa lebih menarik dan terlihat lebih menarik bagi pasangan anda.

3. Perut ‘Cramp’

Rasa sakit seperti kejang atau ‘cramp’ pada bahagian perut bukan saja berlaku ketika datang haid. Jika ia berlaku di luar waktu haid, maka ia juga salah satu tanda subur wanita. Sebahagian wanita mengaku bahawa mereka turut merasa kejang pada salah satu punggung ketika ovulasi.

4. Posisi Serviks (Pangkal Rahim) Tinggi Dan Lembut

Tanda subur wanita atau masa ovulasi dapat dikenalpasti dengan mengamati perubahan pada bahagian serviks. Semasa dalam tempoh kurang subur, serviks berada dalam keadaan tertutup, kering, terasa agak kesat, dan berada pada posisi rendah (senang dirasa). Apabila menghampiri waktu ovulasi, serviks akan terasa lembut, sedikit terbuka, lembap dan pada posisi tinggi (sulit dijangkau). Waktu terbaik untuk memeriksa serviks ini adalah pad awaktu malam. Pastikan tangan anda bersih sebelum memeriksa serviks.

Seperkara lagi, jangan mengelat memeriksa serviks setelah hubungan seksual. Ini kerana, rahim anda tidak berada dalam keadaan normal semasa berhubungan.

5. Payudara Bengkak Dan Sakit

Akibat peningkatan hormon, payudara anda akan terasa sedikit bengkak dan nyeri ketika ovulasi. Terdapat wanita yang bukan hanya merasakan bengkak pada payudara, tetapi juga pada bahagian lain tubuh.

6. Deria Rasa Dan Bau Lebih Tajam

Selain tanda-tanda di atas, ada juga wanita yang mendakwa mereka biasanya akan dapat menghidu dan merasa makanan dengan lebih baik pada waktu subur. Oleh itu, anda mungkin akan menjadi lebih berselera ketika proses ovulasi.

7. Tompokan Darah

Berbeza daripada haid, timbulnya tompokan darah yang sedikit ini adalah akibat kadar penurunan estrogen yang mendadak sebelum berlakunya ovulasi. Oleh itu, paras progesteron akan turut menurun dan berlaku luruhan endometrium secara tiba-tiba yang menyebabkan adanya tompokan darah tersebut.

8. Keputusan Positif Pada Alat Pengesan Kehamilan

Jika anda ingin mengetahui cara yang lebih tepat apabila sedang mengalami ovulasi, anda boleh mendapatkan alat pengesan kesuburan atau ‘ovulation predictor kit’ (OPK). Alat ini akan menunjukkan peningkatan hormon LH melalui air kencing, iaitu cara penggunaan yang serupa dengan alat penguji kehamilan.

Sumber: Allif Channel

No comments

Powered by Blogger.