Air Jamu Ini Diamalkan oleh Ibu Anak Ramai - Abang Terlajak Laris


Air Jamu Ini Diamalkan oleh Ibu Anak Ramai


Setiap wanita yang telah berkahwin dan telah pun melalui proses kelahiran untuk beberapa kalinya,  sewajarnya lebih mengambil berat dalam penjagaan dalaman wanita.

Ini penting bagi menjamin hubungan intim suami isteri tetap hebat. 

Petua ini dikongsikan oleh Pn. Aida ini.  

Bahan-bahan:

5 biji ibu kunyit hidup
7 helai daun sirih
5 ketul temu kunci
10 ketul gula batu
10 biji asam (segenggam)
1 liter air kosong

Cara buat:

1. Bersihkan kunyit dan temu kunci buang kulitnya.

2. Basuh bersih bersama sama daun sireh. Jangan pulak pakai sabun.

3. Kisar semua bahan yang dah bersih tu sampai lumat gunakan air yang dah disukat tadi.

4. Masuk dalam periuk penuhkan dan tuang baki air dari botol tadi.

5. Masukkan gula batu dan asam.

6. Masak sampai mendidih.

7. Sejukkan tapis guna penapis yang paling halus. Biarkan sejuk masukkan dlm botol boleh simpan dalam peti ais.

8. Biarkan mendap baki hampas kunyit, baru lah boleh diminum.

Ekstra tip : 

Boleh juga masukkan sedikit halia, cekur masa mengisar untuk buang angin.

Cubalah ya. Insya Allah masalah dalaman wanita akan berkurangan. Minum segelas kecil pagi dan petang. Selamat mencuba

No comments

Powered by Blogger.