Hanya Setengah Gelas Untuk Seminggu, Rawat Banyak Masalah Dalaman Wanita - Abang Terlajak Laris


Hanya Setengah Gelas Untuk Seminggu, Rawat Banyak Masalah Dalaman Wanita


Tidak dinafikan bila menyebut pasal amalan pengambilan jamu ini, pastinya kita sering kaitkan dengan penjagaan  hubungan suami isteri, masalah dalaman wanita, ibu mengandung, menyusukan bayi, penjagaan bentuk badan, dan sebagainya.

Kesan daripada disiplin mengamalkan jamu, Ekin Primasara telah rasai sendiri dan pengalaman air jamu tersebut telah dikongsi melalui akaun facebooknya.  Ekin juga turut berkongsi resipi untuk menyediakan air jamu yang telah diamalkannya.

Bahan-bahan:

2/3 inci kunyit hidup
2/3 inci halia
3 biji manjakani
2/3 sudu gula merah
2/3 sudu asam jawa

Cara Penyediaan :

1.    Rebus bahan-bahan di atas selama 20-30minit.
2.    Biarkan sejuk seketika.
3.    Kisar hingga halus.
4.    Kemudian tapiskan dan simpan di dalam bekas kedap udara.

*Boleh simpan di dalam peti sejuk selama 1 hingga 2 minggu.

* Minum ½ gelas 2 kali seminggu.

No comments

Powered by Blogger.