Masker Ini Boleh Atasi Bibir Gelap, Kering & Merekah - Abang Terlajak Laris


Masker Ini Boleh Atasi Bibir Gelap, Kering & Merekah


Bagi anda yang berdepan masalah bibir gelap, kering serta merekah, masker ini sesuai dipraktikkan. Ia cara paling selamat merawat bahagian bibir yang diketahui sangat lembut dan sensitif. Ia boleh diamalkan setiap hari. Tiada kesan sampingan bahkan tidak memudaratkan jika termasuk di dalam mulut atau termakan.

Bahan-bahan:

30 gram gula tebu organik (dikisar)
10 ml ekstrak prun
5 ml madu
5 ml minyak zaitun
0.5 ml minyak vitamin E

Cara membuat:

1. Campurkan kesemua bahan-bahan di atas dan kacau sebati.
2. Ambil sedikit sahaja menggunakan jari dan ratakan pada bibir.
3. Urut perlahan pada bibir dalam turutan membulat selama satu hingga dua minit
4. Kemudian bersihkan dengan tuala yang telah dibasahkan.
5. Simpan lebihan skrub dalam bekas yang sesuai.

Tip:

Skrub ini boleh digunakan dalam tempoh tiga hingga enam bulan (jika dibuka bekasnya) dan jika tidak dibuka ia boleh digunakan dalam tempoh lapan bulan hingga setahun. Fungsi madu adalah untuk memerahkan kembali bibir manakala prun pula berfungsi untuk merawat bibir pecah.

 Selain prune, ia boleh digantikan dengan delima. Delima berfungsi untuk memerahkan kembali bibir.

No comments

Powered by Blogger.