Cara Buat Keropok Dengan Nasi, Jimat & Sedap! - Abang Terlajak Laris


Cara Buat Keropok Dengan Nasi, Jimat & Sedap!


Nak tahu macam mana caranya? Jom tengok resipi di bawah ini.

Bahan-bahan

1 mangkuk nasi sejuk, rendam 1 jam
1 mangkuk tepung ubi / secukupnya
3 ulas bawang putih
1 sudu teh ketumbar
1 batang daun bawang saya ambil yang hijaunya saja. Hiris nipis
garam secukup rasa
Stok ayam/ kiub ayam

Langkah-langkahnya

1.Kisar nasi, bawang putih, ketumbar sampai halus.

2.Masukkan garam, hirisan daun bawang dan kiub ayam. 

3. Kemudian masukkan tepung ubi sedikit demi sedikit sambil dikacau perlahan-lahan sampai liat.

4. Angkat adunan dan bentukkan lonjong (seperti keropok lekor batang) dan rebus dalam air mendidih sehingga terapung sendiri.

Angkat dan potong nipis, kemudian jemur di bawah cahaya matahari sehingga kering.

5.Hasilnya, keropok yang rangup apabila digoreng.

Sumber: Thr Gegar

No comments

Powered by Blogger.