Cara Guna Tuala Panas & Benang Gigi Hilangkan Bintik Hitam - Abang Terlajak Laris


Cara Guna Tuala Panas & Benang Gigi Hilangkan Bintik Hitam


Blogger kecantikkan, Sukhi Mann telah kongsikan cara-cara menghilangkan bintik hitam di internet, dan cara ini sangat jimat!

Anda tidak perlu berbelanja mahal. Semua alat dan bahan yang digunakan pasti anda senang dapati di rumah. Ikuti cara-caranya berikut ini.

1. Cuci wajah dan tangan sehingga bersih. Siapkan air panas (suhu kira-kira 40 °C) dan rendam tuala kecil di dalamnya sampai sepenuhnya basah.

2. Usapkan tuala panas pada hidung dan tekan selama 5 minit. Tuala hangat dapat membuka pori-pori kulit sehingga bintik hitam keluar dengan lebih mudah.

Psst, inilah peralatan rahsia!

3. Biasanya hidung akan nampak merah selepas ditekan dengan tuala panas. Bila pori-pori sudah dipastikan terbuka, ambil benang gigi, letakkan pada tulang hidung bahagian atas dan gerakanlah ke bawah. Ulangi gerakan ini beberapa kali dan fokuskan di bahagian hidung yang banyak bintik hitam.

4. Jika sudah, cuba lihat benang gigi. Anda akan dapat lihat bintik hitam dan putih di situ! Jika masih terdapat bintik hitam pada hidung, bersihkan bintik hitam pada benang gigi, ulangi langkah di atas sampai bintik hitam pada hidung benar-benar bersih!

5. Anda dapat lihat sendiri. Bintik yang tumbuh di hidung sebanyak ini! Bila sudah selesai membersihkan hidung, jangan lupa cuci wajah dengan sabun cuci muka dan air.

6. Langkah terakhir, gunakan Listerine untuk membersihkan hidung sekali lagi. (Jika anda ada masalah kulit beralergi, lebih baik bertanyakan nasihat dulu mengenai langkah ini pada doktor kulit).

7. Usapkan listerine yang dingin dengan kapas sehingga pori-pori kulit kembali tutup.

No comments

Powered by Blogger.