Cara Gunakan Kulit Kentang Untuk Petua Hitamkan Semula Rambut - Abang Terlajak Laris


Cara Gunakan Kulit Kentang Untuk Petua Hitamkan Semula Rambut


Kalau nak tahu, rambut putih ni biasanya terjadi sebab ketidak mampuan tubuh badan menghasilkan melanin, iaitu bagian integral folikel rambut. Bermaksud pertumbuhan melanin telah dihalang dan menyebabkan rambut mulai berubah warna.

Hanya cuma memerlukan ubi kentang sahaja. Ya, jangan terkejut. Jom lihat macam mana cara penggunaannya.

Cara-Cara:

1. Basuh dan kupas 5 – 6 biji ubi kentang. * Jangan dibuang kulitnya ye!

2. Masukkan kulit kentang ke dalam periuk yang diisi dengan dua cawan air.

3. Hidupkan api dan biar sehingga mendidih sehingga 15 – 20 minit.

4. Tutup api dan biarkan sejuk seketika, kemudian tapis dan tuang ke dalam bekas/botol.

5. Boleh juga ditambah beberapa titis minyak aroma terapi seperti lavender ataupun rosemary untuk bau yang lebih wangi.


6. Basuh rambut seperti biasa dengan shampoo dan bilas.

7. Selepas bilas, ambil air rebusan kulit kentang tadi urut-urutkan ke akar rambut. * Jangan bilas!

Untuk mendapatkan hasil yang memuaskan, anda harus mengulangi proses yang sama setiap hari atau pun 2 – 3 kali seminggu selama beberapa bulan. Insha-Allah kesanya akan kelihatan selepas sebulan.

No comments

Powered by Blogger.