Cara Mudah Buat Cili Jeruk Kekal Rangup - Abang Terlajak Laris


Cara Mudah Buat Cili Jeruk Kekal Rangup


Biar pun nampak macam remeh, tapi kesannya memang mampu memancing selera.

Bukannya susah pun untuk membuatnya sebagaimana yang dikongsi oleh Nurul Nadia Dan Azhar ini. Selamat mencuba!

“Saya nak share cara saya buat cili jeruk.Biasa kalau ada tempahan mi goreng atau mi kari,saya akan sertakan cili jeruk ni sekali. Alhamdulillah setakat hari ni tak mengecewakan & mendapat pujian. Cili jeruk yang biasa saya buat, boleh tahan berbulan-bulan dan masih rangup tau.”

Bahan-bahan: 

Cili hijau (ambil yang segar/keras)
2 sudu gula
2 camca teh garam
Cuka


Cara buat :

1. Pastikan cili hijau kering. Kalau lepas basuh dan tak larat nak tunggu lama boleh lap dengan  tisu, yang penting kering.

2. Bila dah kering,potong dengan pisau yg betul-betul tajam. Kemudian tampi bagi biji-biji cili keluar. Masukkan dalam botol kaca. Masukkan gula dan garam.

4. Masukkan cuka sehingga 2/3 botol sahaja.

5. Dah siap,tutupkan botol kaca tersebut dan tunggang terbalikkan botol untuk sebatikan garam, gula dan cuka.


6. Siap dan keesokan hari sudah boleh dimakan.

Ekstra tip:

Pastikan botol dan cili betul-betul kering. Jika tidak cili jeruk anda akan diselaputi lapisan putih (kulat).

No comments

Powered by Blogger.