Cara Mudah Hilangkan Bau Cili Atau Bawang & Kesan Kunyit Pada Bekas Pengisar - Abang Terlajak Laris


Cara Mudah Hilangkan Bau Cili Atau Bawang & Kesan Kunyit Pada Bekas Pengisar


Petua ini  boleh membantu anda untuk menghilangkan bau dan kesan yang kurang menyenangkan ini iaitu dengan menggunakan limau nipis dan beras. Begini caranya:

Bahan bahan:

1 biji limau nipis
3 sudu makan beras
Air secukupnya

Cara cara:

Ambil limau nipis. Potong kecil.
Isi air dalam pengisar dan letakkan sedikit beras di dalamnya.
Masukkan limau nipis tadi dan kisarkan bersama beras.
Kisar selama 15-20 saat, tuang bahan kisaran ke dalam bekas lain dan cuci bersih pengisar anda.
Gunakan hampas limau tadi untuk membersihkan bahagian dalam dan luar  pengisar. Ia mampu menghilangkan kesan degil dan bau yang ‘kurang enak’ itu.

Sumber: www.keluarga.my

No comments

Powered by Blogger.