Cemburu Tak Bertempat? 6 Tips Ini Boleh Tenangkan Anda - Abang Terlajak Laris


Cemburu Tak Bertempat? 6 Tips Ini Boleh Tenangkan Anda


Kalau anda selalu sahaja cemburu tidak kena dengan tempatnya, teman lelaki atau suami turut merasa rimas. Cuba cara ni, Insyaallah rasa lebih relaks.

1. Tarik nafas dalam-dalam dan hembus sekuat mungkin. 

Ulang hingga perasaan anda semakin okay. Ianya sama juga cara dengan menangani perasaan marah. Keduanya merupakan aura negatif jika tak ditangani dengan betul.

2. Berenang pun mampu mengurangkan kesakitan dalam hati akibat cemburu. 


Dengan suhu air yang sejuk, marah tadi boleh bertukar kepada reda.

3. Menangis. 

Menangislah agar perasaan yang terpendam itu dilepaskan keluar. Tetapi tak bolehlah meratap sampai sebulan atau setahun, mesti ada tempoh hadnya. Takut memudaratkan kesihatan anda pula.

4. Berdoa. 

Mintalah pada Tuhan agar hati anda ditenangkan dan dipermudahkan dari kesukaran. Tuhan itu Maha Penyayang dan Pengasih.

5. Pergi ke kawasan tenang. 

Jika anda orang kota, cuba ambil masa beberapa hari pergi ke tempat yang lebih tenang. Udara dan suasana nyaman boleh membantu anda mendapatkan perasaan yang lebih tenang.

6. Makan. 

Selalu perasaan cemburu ini disertai dengan perasaan sedih sekali. Bila kita sedih, kita selalu distract perasaan kita dengan subjek best iaitu makan. Bila makan anda akan rasa gembira.

Sumber: Aliff Channel 

No comments

Powered by Blogger.