Daun Herba Ini Boleh Turunkan Kadar Darah Tinggi - Abang Terlajak Laris


Daun Herba Ini Boleh Turunkan Kadar Darah Tinggi


Puan Rodziah Helmi memberikan suaminya yang mengidap penyakit darah tinggi dengan minum air rebusan herba.  Dikatakan setelah mengamalkan minuman tersebut, kesihatan suaminya semakin baik. Untuk itu, ikuti perkongsian daripadanya untuk info bersama.

“Sambil brekfast, sambil rebus air herba untuk En. Suami. Ini ialah daun serai kayu atau orang putih panggil Bay Leaf..dekat kelantan orang makan buat ulam dan guna dalam nasi kerabu dan laksam(kalo xsilap sy la). Tapi, suami saya rebus dan minum airnya. Bagus untuk turunkan darah tinggi”- Rodziah Hilmi

“Rasa airnya kelat-kelat dan pahit sedikit, Alhamdulillah, suami saya amal minum ni sekarang, bila pergi cek hospital, tekanan darah dia cantik je. Sebelum ni kerap kena gout,tapi alhamdulillah sekarang dah makin bertambah baik. Daun yang saya tunjuk di bawah ni kami ambil dari kampung 3 minggu lepas, so kami terpaksa keringkan sebab di KL ni susah nak jumpa dan bolehlah direbus dan diminum.”

Bay leaf, daun salam atau juga dikenali dengan daun serai kayu.

Cara rebus:

1. Untuk sekali rebusan,ambil dlm 11atau10 helai.
2. Masukkan dalam periuk dan penuhkan air, tunggu air kering sikit baru tutup apinya.

Info:

1 periuk itu boleh tahan dalam 1 minggu kalau minum hari-hari. En. suami saya amal 2 hari 1x minum. Selamat mencuba!

1 comment:

  1. Salam singgah dan follow :)

    http://www.akuseorangtraveler.com/

    ReplyDelete

Powered by Blogger.