Hasilkan Pencuci Muka 'Homemade', Guna 5 Bahan Ni Sahaja - Abang Terlajak Laris


Hasilkan Pencuci Muka 'Homemade', Guna 5 Bahan Ni Sahaja


Perkongsian oleh Kamilia Razmiza Kamaruddin,

Dia berjaya menghasilkan sendiri pencuci muka.

Bahan-bahan:
Tepung beras (2 cawan)
Timun
Tomato
Lobak merah
Limau kasturi (boleh gantikan dengan lemon atau oren)
Air secukupnya


Caranya:
1. Kisarkan semua bahan tadi.
2. Air jangan pula terlalu banyak, anggarkan sahaja agar jangan terlalu cair.
3. Kalau adunan cair boleh tambahkan sedikit tepung.
4. Tuangkan ke dalam bekas kecil supaya senang hendak digunakan.

Lia pakai dua cawan tepung untuk cucian muka 1 hingga 2 minggu. Cara nak pakai pula ikut suka. Kalau nak cuci muka macam biasa pun okei, nak sapu dan keringkan dulu kemudian baru bilas, pun okei.


Pesanan Untuk Kulit Kering Dan Sensitif

Kalau untuk kulit jenis ini, kurangkan buah-buahan citrus seperti limau, oren, lemon), takut kulit makin kering atau jadi radang kulit bagi yang terlalu sensitif. Kalau lepas pakai kulit rasa sakit atau ada kesan, berhenti dahulu.

Boleh lebihkan tomato dan timun. Nak lagi best boleh juga tambahkan madu dan susu tepung. Pencuci ni boleh buat masker muka juga tau. Sesuai sangat untuk kombinasi kulit berminyak dan berjerawat.

Selamat mencuba!



No comments

Powered by Blogger.