Lembutkan Hati Suami & Isteri Dengan Doa Ini - Abang Terlajak Laris


Lembutkan Hati Suami & Isteri Dengan Doa Ini


Jika kamu sebagai seorang isteri atau suami mahukan pasangan yang sentiasa menyayangi kamu, mengasihi malah menghormati kamu, sila amalkan ayat Yusuf ini yang berbunyi:-


“Idz qola Yusufu li abihi ya abati inni roaitu ahadaasyaro kaukabaw wasy syamsa wal qomaro roaituhum li sajidin“.

Ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: Maksudnya,“Wahai ayahku! Sesungguhnya Aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; Aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku“.

Sebelum mengamalkan doa  ini, sila tetapkan kepada diri bahawa niatkannya untuk tujuan kebaikan. Jangan pula gunakan doa ini untuk memikat isteri/suami orang atau tunangan milik orang lain. 

Beringatlah apabila kita lakukan sesuatu perkara untuk kebaikan diri dan orang lain, lebih berkat kehidupan yang akan dikecapi.

Manfaatkan doa ini sebagai ‘penyeri’ wajah diiringi dengan niat baik terutamanya untuk melembutkan hati si suami atau isteri agar lebih mengasihimu.

Boleh dibaca setiap kali selepas menunaikan solat fardhu atau bacakannya ketika mahu berhadapan dengan pasangan.

Kelebihan Lain Surah Yusuf Ayat 4

Jika dibaca bersungguh-sung sebanyak 7 kali setiap kali selesai solat fardhu, ia dapat mententeramkan keluarga yang tidak harmoni.

Jika dibaca 7 kali setiap setiap selesai solat maghrib dan subuh, ia dapat meningkatkan daya karisma diri.

 Jika di hadapan doa tersebut ditambah dengan kalimat “Ya Abrozhu” berbunyi, “Ya abrozhu roaitu ahada ‘asyaro kaukabaw wasy-syamsa wal qamaro roaituhum li sajidin”… ia bisa meningkatkan kewibawaan orang yang mengamalkannya itu.

Jika selepas membaca surah Yusuf ayat empat kemudian membaca pula  surah Taha ayat 1-8 berbunyi, “Waal qoy tu’alayka mahabbatamminni wallitusna’aa ‘alaa ainiy”… kesannya lebih afdal.

No comments

Powered by Blogger.