Lip Skrub Kunyit Madu Untuk Masalah Bibir Pecah, Kering & Kehitaman - Abang Terlajak Laris


Lip Skrub Kunyit Madu Untuk Masalah Bibir Pecah, Kering & Kehitaman



Perkongsian oleh Afieyzea Aleeschaylee,

Haa, hari ini Afiey nak share pula cara tradisional dijamin selamat untuk menyihatkan bibir kita perempuan yang suka pakai lipstick ni kadang tak sedar ada bahan-bahan yang dicampur tak elok untuk bibir dan semestinya kunyit tetap ada dalam setiap petua.

Bahan-bahan:

Kunyit
Madu

*kalau terbuat banyak boleh simpan dalam peti nanti boleh pakai lagi.


Cara-Caranya:
  1. Campurkan kunyit yang di tumbuk halus ke dalam madu
  2. Sapukan pada bibir
  3. Biarkan 10 minit dan gosok rata bibir

Khasiat kunyit untuk bibir:

• kandungan antiseptik & anti bakteria semulajadi dalam kunyit membantu masalah bibir kering dan luka..
• kunyit juga kaya dengan Vitamin C semulajadi memberikan tona untuk bibir kehitaman..
• kunyit juga mengandungi anti-inflamasi juga membantu mengurangan kehitaman pada bibir..
Khasiat madu untuk bibir :
• membantu memberi tona / memerahkan bibir secara semulajadi
• mengubati bibir kering rosak , pecah & hitam
• melembabkan bibir

* Tips – tips lain , jangan terlalu kerap menjilat bibir anda ianya akan membuatkan bibir bertambah kering , minum air putih secukupnya.

No comments

Powered by Blogger.