Makan Epal Setiap Hari Boleh Cegah Risiko Jantung & Strok - Kajian - Abang Terlajak Laris


Makan Epal Setiap Hari Boleh Cegah Risiko Jantung & Strok - Kajian

Sumber: sumedico.com
Kajian yang dilakukan di University of Oxford, pengambilan 1 biji epal atau buah oren boleh menurunkan risiko serangan jantung dan strok. Kajian menunjukkan pengambilan 1 biji epal atau oren dengan berat rata-rata 100 gram boleh mencegah risiko jantung dan strok 30% lebih besar daripada mereka yang tidak mengambil buah epal.

Sementara itu, kajian lain yang dilakukan dari satu juta penduduk di China tahun lalu mendapati bahawa mereka yang mengamalkan rutin pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran segar setiap hari mempunyai risiko serangan jantung dan strok lebih rendah berbanding mereka yang tidak mengambilnya.

Dr Huadong Du dari University of Oxford mengatakan, “Mereka yang mengambil buah-buahan segar secara rutin setiap harinya memiliki tubuh yang sihat. Mereka juga berisiko serangan jantung dan strok lebih rendah. Sementara mereka yang jarang mengambil buah-buahan, ia mempunyai risiko serangan jantung dan strok lebih tinggi.”

Menurutnya lagi meski hanya mengambil 1 biji epal setiap hari, ini boleh membuatkan tubuh lebih sihat, lebih terjaga dan jantung semakin sihat. Kajian juga mendapati bahawa orang yang tinggal di bandar dan sibuk lebih terdedah diserang risiko jantung dan strok jika dibandingkan dengan mereka yang tinggal di luar bandar dengan udara yang masih segar.

No comments

Powered by Blogger.