Makan Pisang Tingkatkan Kualiti Tidur - Abang Terlajak Laris


Makan Pisang Tingkatkan Kualiti Tidur

Sumber: Bananas

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Tidur Kebangsaan Amerika Syarikat, Russell Rosenberg berkata, pisang mengandungi magnesium dan potasium yang bertindak sebagai penenang otot semula jadi.

“Kandungan potasium juga berperanan penting untuk kesihatan jantung dan mampu menormalkan tekanan darah yang dikaitkan dengan serangan jantung,” katanya.

Tambah Rosenberg, makan pisang pada malam hari juga dipercayai dapat meningkatkan kualiti tidur berikutan kandungan melatoninnya yang tinggi sehingga memudahkan tubuh untuk lelap.

“Selain itu, serat dalam pisang juga memberi kelebihan kepada tubuh dengan membantu melancarkan pencernaan apabila bangun tidur,” katanya.

No comments

Powered by Blogger.