Masker Halba Untuk Kulit Wajah Jadi Bersih & 'Glowing' - Abang Terlajak Laris


Masker Halba Untuk Kulit Wajah Jadi Bersih & 'Glowing'

Perkongsian oleh Aisyah Badar Bajrai,


Memula masa jumpa petua ni, Aisyah macam percaya ngan tak jekk. Ye laa, dalam post tu cakap pakai halba boleh buat muka kita instant glowing pastu boleh kurangkan jerawat merah merah kat kulit. Macam tipu jekk. Dah la nak buat dia senang sangat.

Jadi semalam Aisyah try la buat masker halba ni. Kengkonon nak try la betul ke muka glowing mowing. Ehhhh, serious laa muka memang instant glowing. Yang lagi best, muka nampak bersih jek.

Mana jerawat yang tengah mengamuk tu semua dah kena pujuk. Tak merah dah. Padehal baru pakai sekali. Rupenyer halba ni selain boleh glowing mowing kan kulit kita, dia ada thiamine jugak tau.

Thiamine ni boleh sihatkan kulit kita. Pastu kalau kat muka ada banyak black head, memang elok sangat buat masker halba ni.

Masker halba ni bukan setakat boleh kurang kan black head jek, mata panda pun boleh bertukar jadi mata pola bear, putih berseri gituu.😆.

Tapiii, yang paling unsangkarable, masker halba ni ada vitamin C. Patut la bila pakai masker halba ni, memana jerawat merah yang tengah mengamuk tu semua cool jek. Hilang terus merah membara dia.

Ok jom tengok cara buat dia
.
.

MASKER HALBA

Bahan-bahan
- 1/2 cawan halba ( ni sebenarnya banyak, kalau nak buat separuh dari sukatan ni pun boleh)
- 2 cawan air

Cara cara
- rebus halba dengan air selama 5 minit. Pastu biarkan semalaman. Kalau halba tu kering dalam periuk nanti korang tambah la air sikit. Biar dia berendam.
- besoknya korang tapis halba tu. Air halba tu korang simpan jangan buang.
- blend kering halba tu pastu sapu rata rata kat muka.
- texture dia memang ala ala playdoh, korang tepek jek kat muka. Biarkan 15 minit gitu, pastu baru basuh.

**air halba tu nanti korang spray kat rambut. Biarkan 3-4 jam pastu baru basuh. Nanti rambut korang bersinar sinar macam model iklan shampoo pantene.





No comments

Powered by Blogger.