Minuman Rebusan Halia, Serai & Madu Untuk Buang Angin - Abang Terlajak Laris


Minuman Rebusan Halia, Serai & Madu Untuk Buang Angin



Perkongsian oleh Kuntum Aisya Mahmud,

3 batang serai diketuk
3 inci halia diketuk
3 cawan air

Masukkan ke dalam periuk.

Didihkan dengan api perlahan sehingga air berkurangan menjadi satu cawan ( rebus lebih kurang 45 minit).

Masukkan ke dalam cawan dan tambah satu sudu teh madu.

Kacau dan minum suam.

Alhamdulillah 15 minit dah ada kesan, sendawa, kentut, perut mula menggelodak, angin la tu.

Dah pukul 1.40...badan rasa ringan....rasa mcm nak buang air...petang nanti boleh minum sekali lagi.

No comments

Powered by Blogger.