Minyak Urut 'Homemade', Buat Urut Anak Atau Pasangan Hilang Sakit Lenguh Badan - Abang Terlajak Laris


Minyak Urut 'Homemade', Buat Urut Anak Atau Pasangan Hilang Sakit Lenguh Badan


Perkongsian oleh Mia S Ishak,

Minyak urut air tangan anak merawat Ibu

Ada pula yang tanya macammana nak buat minyak urut home-made.

Kawan-kawan, saya ni bukan pakar urut. Saya pakar hantam.

Saya hantam saja guna sedikit pengetahuan sains yang cikgu ajar semasa di sekolah rendah (Sapa kata Higher order thinking HOTS dan subjek sains yang cikgu ajar kat sekolah tu tak berguna?).

Minyak urut ini dibuat menggunakan akal dan common sense.

Common sense - urat orang tua perlu dalam keadaan warm bukan sejuk.

Common sense - tubuh orang tua biar wangi.

Jadi apa lagi, 

1. Didihkan minyak kelapa dara atau VCO. (minyak kelapa sawit jua boleh tapi melekit2 sedikit di kulit..tak best)

2. Tumbuk hancur serai wangi, daun pandan, halia (Lebihkan serai wangi dari yang lain agar baunya harum).

3. Bila minyak mendidih, Kecilkan api.

4. Masukkan serai, daun pandan, halia ke dalam minyak tadi. 

5. Tambah lada hitam yang tidak ditumbuk (jangan tumbuk lada hitam tu dik oiii kita tak mau mak kita melompat2 pula kepanasan)

6. Renih selama 10-15 MINIT. Sejukkan.

7. Isikan dalam botol yang cun.

Gosok ibu kita setiap malam menggunakan minyak ini. Gosok penuh kasih sayang.

Dalam hati panjatkan doa kepadaNya Minta IzinNya Ya Allah sihatkanlah ibuku

No comments

Powered by Blogger.