Nak Kulit Sihat & Anjal Serta Awet Muda, Ambil Jus Ini Sekerap Mungkin - Abang Terlajak Laris


Nak Kulit Sihat & Anjal Serta Awet Muda, Ambil Jus Ini Sekerap Mungkin


Perkongsian oleh Sumaiyah Abdullah,

Nak kulit sihat dan cantik semulajadi? Minum lah jus pegaga. Sekali seminggu mesti saya minum. Selain sangat baik untuk kesihatan, pegaga juga beri kesan besar pada kecantikan kerana sifatnya membaiki, merawat dan memelihara tisu. 

Sesiapa yang nak kulit anjal, amalkan makan atau minum jus pegaga sebab pegaga boleh menyokong pembentukan kolagen dan mengelakkan kulit kendur.

Pegaga juga boleh membantu menurunkan berat badan tau. Jadi, sesiapa yang tengah diet tu, masukkan juga menu pegaga dalam list korang. Inshaallah berkesan. 

Bahan bahan

Daun pegaga 7-11 helai
1 gelas air suam
Madu atau raw cane sugar 
Susu segar atau susu tepung

Cara cara

1. Kisar daun pegaga bersama air suam.
2. Tapis dalam gelas, masukkan madu dan susu.

Tak nak letak susu pun boleh. Kacau sebati dan terus minum. Amalkan jus ini sekali seminggu. 

No comments

Powered by Blogger.