Amalkan Minum Air Rebusan Ini Untuk Jaga Kecantikan Dalaman - Abang Terlajak Laris


Amalkan Minum Air Rebusan Ini Untuk Jaga Kecantikan Dalaman


Perkongsian oleh Netty Sb Bridal,

Saya nak share petua yang saya pernah buat untuk penjagaan dalaman. Saya pakai bahan-bahan yang ada kat dapur saja. Senang dan jimat!

Bahan bahan:

* 5sm kunyit
* 2sm halia
* 3 biji manjakani
* 5 helai daun sireh
* 2 batang serai
* gula batu atau madu ( ikut selera)
* 3 cawan air

Cara:

Basuh semua bahan
Potong nipis-nipis  kunyit dan halia
Ketuk serai
Masukan semua bahan ke dalam 3 cawan air kecuali gula batu atau madu
Rebus dan didihkan menjadi 1 1/2 cawan
Tutup api dan tapiskan air rebusan tadi dan masukan gula batu atau madu
Dan siap utk diminum..jimat kan…Selamat mencuba.

Manfaat dari air rebusan:

Mengatasi keputihan
Melancarkan haid
Menguatkan otot-otot faraj
Merawat rahim
Menghilangkan bau badan dan bau mulut

Baik diamalkan selepas datang bulan (haid) dan ibu yang baru bersalin elok sangat amalkannya.

No comments

Powered by Blogger.