Esen Vanila Boleh Jadi Ubat Sakit Gigi, Cuba Dulu - Abang Terlajak Laris


Esen Vanila Boleh Jadi Ubat Sakit Gigi, Cuba Dulu


Perkongsian oleh Angin Rindu,

Dua tiga hari ini aku mengalami sakit gigi.. tapi malam ini la paling sakit sekali.. tak tidur malam... nak pergi klinik gigi.. semuanya dah close.. google punya google.. ada satu petua yang aku nak share dengan korang semua.. kalau kau orang sakit gigi.. pergi cari dalam almari dapur kau orang ekstrak vanila.. Yaa...! Ekstrak vanila yang mak mak korang buat kuih.. kek.. biskut.. puding dan lain lain tu... 

Cara caranya.. ambik kapas atau tisu bersih.. celup dengan ekstrak vanila ni.. then tampal atau sapu kat tempat yang sakit... Alhamdullah.. dgn Izin Allah.. sekejap ja sakit gigi atau sakit gusi dah hilang... sesuai untuk gigi berlubang juga.. 

Aku tak tau laa siapa yg bagi idea utk letak ekstrak vanila.. tapi ia betul betul berkesan... Bila dah baik tu, jangan lupa la pergi check dengan doktor pulak.. mungkin doktor akan nasihatkan untuk cabut gigi tu atau tampal mana yang berlubang.. anyway terima kasih pada yang memberi idea petua ni.. mungkin lepas ni akan ada kajian dan produk yang berasaskan ekstrak vanila untuk pesakit gigi.. 

Mohon share pada kawan kawan korang yang sakit gigi dan gusi.. 

No comments

Powered by Blogger.