Petua Pulihkan Batuk & Demam - Abang Terlajak Laris


Petua Pulihkan Batuk & Demam


Perkongsian Puan Muna Mansur di facebooknya mengenai petua yang diamalkan oleh masyarakat Cina dalam merawat batuk dan selsema mendapat perhatian. 

Saya pernah terbaca seorang ibu yang mengamalkan petua dari seorang aunty cina, batuk dan demam yang dialami anaknya selama 3 minggu terus kebah dan berkurangan. Ni cara buat air rebusan bawang putih.

Bahan-bahan:

9 ulas bawang putih - tak perlu buang kulit
1 1/2 cawan air
5 biji gula batu

Berikut adalah cara-caranya. Mudah saja.

1. Rebus semua bahan hingga jadi suku cawan. Gunakan api yang paling perlahan.
2. Minum 3 kali sehari.
3. Minum semasa air rebusan ketika masih suam.

Petua ini sesuai diamalkan untuk orang dewasa dan kanak-kanak setahun ke atas. Tak salah mencuba kerana bahan yang digunakan begitu mudah didapati di rumah. Apapun, jangan sesekali abaikan pemeriksaan doktor sekiranya demam dan batuk berterusan.

Selamat mencuba!

Sumber: Muna Mansur

No comments

Powered by Blogger.