Resepi Mudah & Pantas Buat Pizza Tanpa Yis, Anak Anak Suka Makan - Abang Terlajak Laris


Resepi Mudah & Pantas Buat Pizza Tanpa Yis, Anak Anak Suka Makan

Perkongsian oleh Ummul Omar,


Bahan-bahan:

1 cawan tepung naik sendiri
1 cawan kecik yogurt asli (100ml)
Tomato puri
Topping ikut suka (dalam ni ada nenas, olive, cili benggala, cendawan)
Mozarella cheese (takda dalam gambar)

*Sebelum mula, panaskan oven pada suhu 230•c.

Cara cara:


Gaul yogurt dengan tepung. Kalau rasa adunan agak kering, tambah sikit air masak. Kalau adunan agak basah, tambah sikit tepung. 

Dah siap, uli adunan dalam 2 ke 3 minit sampai adunan jadi bentuk bola yang rata. Tambah tepung sikit demi sikit sampai doh terbentuk cantik.

Boleh terus letak atas tray pizza dan gelekkan doh sampai leper. Tak payah tunggu doh naik! Haa best kan? Jimat masa.


Gelekkan doh atas tray. Jangan tebal sangat.

Ratakan puri tomato atas doh. Taburkan topping. Last sekali yang paling best. Letak mozarella cheese banyak-banyak. Hihi

Bakar pada oven suhu 230 •C selama 10minit sampai masak. Pastikan oven dah panas sebelum masukkan pizza.

*Resepi ni dapat 1 pizza saiz large.

No comments

Powered by Blogger.