Risiko Makan Laju Untuk Kesihatan Jantung & Kegemukan - Abang Terlajak Laris


Risiko Makan Laju Untuk Kesihatan Jantung & Kegemukan

Gambar Hiasam
Kesan dari sikap makan laju boleh beri ketidakseimbangan gula dalam darah, dimana ia boleh mengelirukan pengeluaran insulin. 

Kemudian sel menghadapi masalah untuk menyerap glukos. Badan mengeluarkan lebih banyak insulin daripada penyerapan. Proses ini menyebabkan masalah diabetes dan jantung. 

Kenapa jantung?

Selain masalah diabetes, jantung juga berisiko kerana ia dapat mengubah kondisi tekanan darah menjadi tinggi, peningkatan kadar gula dalam darah dan lemak berlebihan di perut dan pinggang. 

Bukan itu sahaja, kadar kolesterol juga menjadi tidak normal sekaligus beri masalah sakit jantung dan strok. 

Makan laju vs makan lambat

Makan dan kunyah secara perlahan, membantu melambatkan sindrom metabolik dan menjadi kunci penjagaan kesihatan dan tubuh badan berbanding makan laju. 

Selain itu, mengunyah makanan secara perlahan, membolehkan otak menerima isyarat kenyang bermakna anda lebih cenderung berhenti makan sebelum kekenyangan. 

Mereka yang mengunyah makanan atau makan dengan cepat, cenderung tidak berasa kenyang dan akan makan lebih banyak.

Sumber: Wanista

No comments

Powered by Blogger.