5 Cara Untuk Nampak 10 Tahun Lebih Muda Tanpa Cucuk Botox - Abang Terlajak Laris


5 Cara Untuk Nampak 10 Tahun Lebih Muda Tanpa Cucuk Botox


Sebenarnya ada kaedah lain yang boleh anda amalkan untuk nampak lebih muda, mungkin ianya akan mengambil masa yang lama, namun ia adalah amalan yang sihat bukan hanya untuk kulit,malah untuk ketahan badan anda.

Jika anda amalkan kaedah ini, badan anda akan lebih kuat, sentiasa nampak awet muda dan yang paling penting, ianya mampu memanjangkan umur anda.

1. Kurangkan pengambilan gula dalam makanan

Penyelidikan yang diterbitkan di dalam National Center for Biotechnology Information mendedahkan, gula adalah makanan paling teruk untuk kulit anda kerana ia menyebabkan keradangan dan mengurangkan kolagen kulit yang mengakibatkan kulit kendur.

2. Amalkan makan lemak sihat, contohnya dari minyak zaitun dan amalkan pemakanan berprotein

Tubuh memerlukan lemak dan protein untuk membuat kulit lebih sihat. Lemak yang dimaksudkan ialah lemak sihat yang diperoleh dari ikan, makanan laut, minyak zaitun, dan kacang. Lemak ini mengurangkan keradangan dan melembapkan kulit secara semulajadi.

3. Sayur-sayuran dan buah-buahan

Antioksidan mampu mencegah radikal bebas dalam kulit dengan mengamalkan buahan dan sayuran. Antioksidan dapat mencegah penuaan dan sel-sel kulit dapat tumbuh semula serta menjadikan kulit kelihatan muda.

4. Minum cukup air setiap hari

Minum sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari untuk menyingkirkan toksin supaya nutrisi yang baik dapat diserap oleh badan dan disalurkan ke kulit.

5. Elakkan merokok dan minum minuman beralkohol

Rokok dan alkohol hanya akan merosakkan badan dan mempercepat penuaan. Kajian itu juga mendedahkan bahawa kulit perokok adalah lebih kering, lebih banyak kedutan dan kusam.

Jika anda amalkan selalu, bukan sahaja anda memiliki kulit yang sihat dan cantik, malah tubuh pun sihat dan sentiasa langsing seperti anak dara. 

Sumber: Hanasuva.com

No comments

Powered by Blogger.