Sibuk Mana Pun Kita, Paling Kurang 4 Waktu Ini Kita Bersama Anak - Abang Terlajak Laris


Sibuk Mana Pun Kita, Paling Kurang 4 Waktu Ini Kita Bersama Anak


Perkongsian oleh Bijen Mohd,

Apabila anda semakin bimbang dengan kualiti masa bersama anak-anak, oleh itu anda perlu mempertimbangkan sekurang-kurangnya luangkan 4 masa ini bersama anak-anak.

“Isteri saya pesan, kena usahakan paling kurang 4 waktu ini WAJIB kita bersama anak-anak’

1. Waktu bangun tidur
Bangunkan anak-anak dengan penuh kasih sayang. Biar mereka mulakan hidup awal pagi dengan semangat positif dan ceria.

2. Hantar anak ke sekolah/pengasuh
Bina kepercayaan tinggi dengan anak-anak. Kerana waktu itu kita sedang menyerahkan mereka kepada orang lain. Emosi bercampur baur.

3. Ambil anak dari sekolah/pengasuh
Jangan datang lambat ambil mereka. Ini hal kepercayaan. Jangan buat mereka ternanti-nanti kedatangan kita.

4. Waktu hendak tidur
Tidurkan mereka dengan semangat yang positif. Jadikan kita wajah yang terakhir mereka lihat sebelum mata ditutup. Bukan kartun dalam handphone.

Bila kita balik kerja kita hanya ada 4 jam bersama anak-anak. 7-10 malam. Korbankan keinginan kita, jangan sibuk bermain handphone waktu itu.

Itu masa anak-anak. Hak anak-anak. Kalau kerja kita banyak, tidurkan mereka awal. Jam 10 malam misalnya. Kita bangun awal pagi jam 3 untuk selesaikan kerja kita.

Bila mereka bangun, ketepikan semula kerja hingga mereka ke sekolah atau kita ke pejabat. Tambah tolak darab bahagi, lebih kurang 5 jam saja sehari masa bahagia dan berkualiti yang mereka ada dengan kita. Jangan ambil masa mereka.

Sumber: Keluarga.my

No comments

Powered by Blogger.