4 Perkara Ini Pasangan Suami Isteri Kena ‘Sama-Sama’ Buat Untuk Lebih Bahagia - Abang Terlajak Laris


4 Perkara Ini Pasangan Suami Isteri Kena ‘Sama-Sama’ Buat Untuk Lebih Bahagia


Ustaz Syamsul Debat berkongsikan tip atau perkara bagaimana mencipta bahagia untuk pasangan suami isteri. 

1. Solat sama-sama

Ingat orang lelaki, sibuk macam mana pun pilihlah sekurang-kurangnya satu waktu untuk solat bersama-sama. Jika si suami tidak yakin untuk jadi imam, bermulalah dengan waktu Zuhur. Bila sudah terbiasa akan memberi  lebih keyakinan kepada suami untuk menjadi imam untuk waktu Maghrib mahu pun Isyak.

2. Tidur Sama-sama

Yang muda-muda mungkin tiada masalah namun bagi pasangan yang telah lama berkahwin, hal ini sering diabaikan.

3. Makan Sama-sama

Sebaiknya sebagai penghargaan kepada suami, isteri sebaiknya membezakan pinggan dan cawan suami yang lebih istimewa. Kemudian letakkan lauk ke dalam pinggan pasangan malah jika si ibu ambilkan lauk anak ke dalam pinggan juga, ibu dapat pahala.  Lagi mesra, jika suami isteri bersuap-suapan sebagai salah satu lagi komunikasi kemesraan antara suami isteri.

4. Jalan Sama-sama

Ambil masa untuk anda suami isteri dapat berjalan berdua-duaan. Contohnya tetapkan masa untuk berjalan-jalan dengan menunggang motor di tengah malam. Saat romantis ini pasti akan memberi memori indah untuk berdua.

No comments

Powered by Blogger.