Tiba-Tiba Mata Menguit, Apakah Punca Puncanya? - Abang Terlajak Laris


Tiba-Tiba Mata Menguit, Apakah Punca Puncanya?


Orang tua-tua ada cakap, kalau mata sebelah kiri bergerak-gerak atau menguit, itu tandanya orang tersebut bakal mendapat berita buruk dan akan menangis manakala, kalau mata kanan yang bergerak, itu bermaksud ada berita baik yang bakal didengar atau mungkin juga akan bertemu orang jauh.

Walau bagaimanapun, kita sebagai seorang Muslim sangat ditengah untuk mempercayai perkara karut kerana takut membawa diri kepada jalan syirik dan hukum mempercayai ramalan atau nasib dengan cara sebegitu adalah haram dan berdosa.

Penjelasan Pakar Tentang Masalah Mata Menguit

Masalah mata menguit ini bukanlah penyakit mata yang serius. Biarpun ia akan menguit berulang kali dan menyebabkan diri tidka selesa, ia adalah tindak balas pergerakkan otot yang tidak dapat dikawal.

Lazimnya ia terjadi pada bahagian kelopak mata atas tetapi ia boleh juga berlaku terhadap kelopak mata yang bawah. Namun rasanya tidak memedihkan atau memeritkan, cuma sedikit mengganggu.

Pergerakan otot tersebut akan berlaku dalam masa sekitar beberapa saat hingga dua minit dan mungkin berlarutan beberapa hari.

Adalah penting untuk seseorang yang menghidap masalah ini lekas berjumpa doktor jika ia keterlaluan kerana itu mungkin merupakan petanda kepada gangguan pergerakan kronik yang memudaratkan.

Punca Masalah Mata Menguit

Apabila melihat balik kepada sejarah pesakit yang terdahulu, masalah mata menguit disebabkan beberapa punca:-

Pengambilan kafein dan alkohol terlalu banyak sehingga menyebabkan keadaan tubuh kering… lalu menjadikan otot kekejangan dan menguit.

Radang pada mata disebabkan alah boleh mempengaruhi mata untuk menguit.

Kekeringan bebola mata menjadi punca iritasi yang turut menyumbang kepada permasalah mata menguit.

Kekurangan tidur menyebabkan keadaan dan fungsi mata jadi lemah/letih, lalu menyebabkan mata menguit.

Merenung komputer atau peranti terlalu lama bisa menjadikan otot di keliling kawasan mata jadi terlampu penat sehingga menjadi punca kepada masalah mata menguit.

Pengambilan sesetengah ubat-ubatan turut boleh menyebabkan mata menguit.

Tertekan

No comments

Powered by Blogger.