Tips Mudah Nak Bagi Daun Kari Tahan Lama - Abang Terlajak Laris


Tips Mudah Nak Bagi Daun Kari Tahan Lama


Perkongsian oleh‎ Wan Muhammad Hafiz Satar‎,

Perasan atau tak asal beli daun kari mesti gunanya sikit je. Selebihnya kita simpan dan last last kecut gitu je.. kesudahanya ke tong sampah juga. Hari ni saya nak kongsi tips camna nak kasi daun ni bleh tahan dalam jangkamasa yang lama.. Step² boleh rujuk kat gambar.

1. Lebihan daun kari yang fresh kita guna. Hanya daun fresh sahaja.. yang ada dah layu atau buruk tu boleh la buang.


2. Lipat dalam kertas A4 macam dalam gambar tu pastu simpan dalam peti ais bahagian sayur selama lebih kurang 2 minggu. (tapi saya dah terlajak dah sampai 3 minggu).


3. Ni lah daun yang telah disimpan dalam tempoh 3 minggu. Dah kering tapi masih hijau.. aroma daun tu still menusuk kalbu. 

4. Bolehlah disimpan dalam botol. ambik daun sahaja, tangkai dia blehlah dibuang.

No comments

Powered by Blogger.