Tips Set Bajet Bulanan Supaya Tak over Untuk Barang Masakan - Abang Terlajak Laris


Tips Set Bajet Bulanan Supaya Tak over Untuk Barang Masakan


Perkongsian oleh Fieya Badar,

Tips set bajet bulanan tak over bajet tiap tiap bulan. Paling utama ada saving in case anak sakit or kecemasan.

Untuk barang basah kami peruntukkan rm150-rm200 je sebulan. Berbanding kalau beli kat pasar hari-hari memang akan over bajet gila la kan.

Eh segar ke ikan tu?
Eh tahan lama ke?
Eh manis lagi ke bahan tu bila masak?
Eh masih sedap ke?
Meh nak ajar ye.

Kalau salah mohon maaf. Tapi ku buat gini dari azali. Kihkihkih. Jimat wehh.

Daging
1- Kalau beli daging. Macam fie daging beli daging beku tu sekilo kat pasor besar baru sekitar rm24/kg. Cara nak bagi tak hilang manis daging tu. Balik terus la potong. Macam aku 2 bekas selalunya dihiris nipis. 1bekas aku hiris cube. In case nak masak daging masak itam mamak ke kan. Ha. Sambil kau hiris kau boleh pikir nak buat menu apa.

2- Jangan basuh ye daging. Lepas hiris terus masuk bekas tutup. Simpan.

3- Nak masak. Keluarkan sebekas. Biar dia cair sendiri. Jangan gatai pi rendam air ke apa. Bila dah cair sendiri. Nak masak baru basuh bersih. Ha cenggitu. Baru lah daging uolls tak keras jegung. Tak liat. Dan tak rase tawar. Elok je cek oii.

Ikan
1- Bergantung gak ikan apa kau borong. Macam aku semua ikan yang aku nampak aku beli selagi cantik lagi rupa dia. Macam dalam gambar. Aku borong ikan temenung, ikan cencaru,ikan siakap.

2-Ikan cencaru, ikan siakap jangan isi air ye. Nanti hilang manis ikan. Sama macam ikan tongkol ikan nyok2. Ikan pari. Ikan patin.Kalau aku beli. Siang. Basuh. Then simpan tanpa bubuh air.

3-Ikan temenung. Ikan sardin. Ikan sebelah. Siang bersihkan bubuh air hapus ikan. Nanti nak masak sama jugak. Jangan nak rendam air. Kecut ikan tu. Tak manis dah. Biar je dia cair sendiri. Sebelum simpan dah basuh bersihkan. Ha masak toskan je. Campak la nak masak apa pun.

Udang/sotong
1- Potong. Bersihkan. Letak air hapus paras udang/sotong/ikan kemudian boleh tutup kemas2 dan simpan.

2- Nak masak sama gak macamku cakap kat atas tu hokeh.

Ayam/itik

Tak payah letak air. Kau basuh bersih2. Letak dalam bekas. Simpan. Siap. Nak masak kau rendam sekali bekas. Jangan rendam isi saje. Pucat ayam/itik tu nanti. Tawar lak.
Sekian.

Boleh la korang berjimat seperti kami. Kikikiki.

Nnt i up belah sayur lak.

*Yang bkerja kan. Malam tu kau turunkan bekas apa yang nak dimasak esok pagi ke bahagian chiller. Senang.

* Kerjasama amat diperlukan. Nak cuci semua ni ambik masa 3jam lebih kalau sorg basuh. Potong cuci. Tak termasuk gangguan ultraman. Princess let it go lagi. Ha gitu. Apa yang penting kerjasama.

Kami sopping kat pasar bm. Setelah duk penang la. Dulu kat kl kami pegi pasar malam kampung pandan/pasar tani pun belambak yg murah2. Kat perak kami pegi pasar kemunting.

Ha ikutlah. Mana boleh jimat kita jimat. Sekarang duit macam tak de nilai. Tapi nak cari duit tu. Kikiki.3minggu makan ni 5-6 orang satu rumah.Bajet 150-200.

No comments

Powered by Blogger.