10 Cara Komunikasi Patut Suami Isteri Amalkan Elak Sering Bergaduh - Abang Terlajak Laris


10 Cara Komunikasi Patut Suami Isteri Amalkan Elak Sering Bergaduh


Suami isteri hendaklah menggunakan perkataan yang baik dan berlemah lembut. Elakkan menggunakan perkataan kasar dan sindiran.  Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: 

“Dan sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia bercakap baik atau diam.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Komunikasi melalui bahasa badan yang boleh dilihat atau dirasai ketika seseorang itu sedang berkomunikasi seperti berikut:

Air muka, mimik muka (pucat ketika takut, merah padam apabila marah, senyum apabila gembira dan mata terbeliak bila terkejut).

Gerakkan angota badan (lambaian tangan, tepukan, ketukkan jari-jari pada meja, pukulan dan gelengan kepala).

Sentuhan (belaian dan ciuman).

Cara berkomunikasi berkesan:

Bersopan santun dan berlemah lembut terhadap pasangan.
Memanggil pasangan dengan nama yang mesra dan sesuai.
Mengelakkan bercakap serentak.
Mendengar dengan aktif tanpa prasangka.
Mengelakkan berkomunikasi ketika dalam keadaan yang tidak sesuai.
Menyampaikan mesej secara jelas dan khusus.
Memberi tumpuan semasa berinteraksi.
Meminta penjelasan apabila tidak faham.
Kerap melakukan aktiviti bersama.
Memberi dan menerima teguran secara bijaksana.

Sumber: Mingguan Wanita

No comments

Powered by Blogger.