3 Petua Mudah Legakan Sakit Tekak - Abang Terlajak Laris


3 Petua Mudah Legakan Sakit Tekak



Selalunya punca terjadinya sakit tekak ni berbeza-beza, tetapi kebiasaannya adalah disebabkan jangkitan kuman. Kadang-kadang tu rasa fed-up bila dah makan macam-macam ubat tapi masih tak sembuh juga.

Nak tau tak selain ubat-ubat doktor terdapat juga beberapa petua tradisional untuk melegakan rasa sakit tekak.

1. Air Garam

Ambil segelas air suam dan masukkan satu sudu garam kemudian kacaukan sehingga larut. Kumur air garam tersebut 15 saat sebanyak tiga kali sehari. InshaAllah sakit tekak anda akan beransur-ansur lega. Air garam ini akan membantu meredakan bengkak dan bantu keluarkan kahak.

2. Bawang Putih

Ambil dua ulas bawang putih dan masukkan kedalam mulut (bahagian tepi pipi) ataupun seperti anda hisap gula-gula. Sesekali tu gigit lah bawang putih untuk mengeluarkan allicinnya. Anda boleh lakukannya setiap hari sehingga sakit tekak sembuh.

3. Madu

Amalkan minum air suam atau teh yang dicampurkan dengan satu sudu madu setiap hari sehingga hilang rasa sakit tekak. Madu mempunyai sifat anti-bakteria, antivirus dan anti kulat yang akan bertindak untuk melawan kuman yang menyebabkan sakit tekak.

No comments

Powered by Blogger.