7 Tanda Lelaki Serius Mahu Jadikan Anda Sebagai Isteri - Abang Terlajak Laris


7 Tanda Lelaki Serius Mahu Jadikan Anda Sebagai Isteri


Wanita mudah menaruh harapan kepada seseorang yang hadir dalam hidupnya dan menjanjikan kebahagiaan pada mereka. Setuju tak? Tapi apakah ciri ciri lelaki itu serius untuk menjadikan anda isterinya kelak. 

1. Sentiasa membimbing

Kalau dah sayang tu, pastinya seseorang lelaki itu akan cuba membimbing perempuan tersebut untuk jadikan muslimah yang baik dan bakal ibu yang baik juga , Bimbingan akan di beri sedaya updaya melalui ucapan dan perbuatan . Sebagai contoh berikan kata kata semangat dan dan dari segi perbuatan pula ahh belikan baju yang labuh dan tudung untuk si dia.

2. Menasihati pasangan dan pendengar yang baik

Dalam sebuah perhubungan pastinya kata kata nasihat itu tidak akan lekang di bibir , tujuan utama adalah untuk membaiki mana yang kurang, sama ada dari pihak lelaki dan perempuan. Tentunya bila si dia ada masalah akan sedaya upaya untuk menjadi pendengar yang baik untuk masalah kamu , dan kata kata nasihat untuk kamu.

3. Muhasabah diri dan baiki diri

Sahabat semua mengatakan bahawa bukan senang untuk menjadi seorang suami dan ayah kepada anak-anaknya nanti, jadi baiki dan sentiasa muhasabah diri untuk jadi yang lebih baik, baiki solat, bacaan al quran, dan cuba dekatkan diri pada Allah

4. Tabungan khas

Kebanyakkan lelaki akan buat tabungan khas untuk duit kawin, kadang sanggup ikat perut dan berlapar untuk pastikan hajatnye tercapai, yelah si gadis mahukan hantar 10K keatas , jadi perlu kerja kuat dan kumpulkan duit . Ishh nak kawin sekarang bukan murah, majlis belah lelaki / Perempuan, duit photographer dan lain lain

5. Akan menjaga kehormatan pasangan

Lelaki yang mencintai kerana Allah pastinya dia akan menjaga hubungan itu agar tidak bertandaskan nafsu. Tidak melebih-lebih seperti pegang pegang tangan, peluk-peluk dan sebagainya. Dan paling penting mendoakan pasangan lepas solatnya dan sentiasa mendoakan kebaikan untuk pasanganya.

6. Jika benar dia sukakan wanita itu, pastinya tiada wanita yang di pandang

Lelaki sebenarnya setia, tapi kadang perasaan ragu terhadap pasangan itu yang menyebab dia saje nak uji perempuan itu bagaimana, Kalau dia dah sayang pada seorang itu pastinya tiada yang lain, dia akan jaga pergaulan dengan mana mana perempuan.

7. Masuk merisik dan meminang

Lelaki yang serius dalam hubungan tiada istilah percubaan, jika benar dia suka pastinya dia akan menyakinkan kamu dan ajak bawa jumpa keluarganya agar dapat berkenal kenalan dahulu.

Sumber: www.buletin.my

No comments

Powered by Blogger.