Kulit Kering Bersisik? Atasi Dengan 9 Cara Ini - Abang Terlajak Laris


Kulit Kering Bersisik? Atasi Dengan 9 Cara Ini


Kulit kering dan bersisik berpunca dari pemakanan dan juga keadaan cuaca yang tidak sihat. Jadi bagaimana atasi kulit kering dan cepat berkedut? Ini caranya:

1. Lebihkan makan ikan

Menurut laman web WebMD, kena banyak makan ikan. Lebih-lebih lagi ikan salmon kerana kaya dengan sumber asid lemak Omega 3 yang membantu keanjalan kulit sekali gus mengelakkan kedutan pada kulit.

2. Amalkan soya

Elok diambil melalui pemakanan ataupun produk penjagaan diri kerana ia merawat kulit yang rosak akibat sinaran matahari terik.

3. Tukar kopi atau teh kepada koko

Mengandungi antioksidan, koko membantu pengaliran darah dalam badan dan mengatasi masalah kurang air sekali gus menjadikan kulit sentiasa lembap.

4. Elak ‘tarik‘ kulit secara paksaan

Misalnya mengecilkan mata apabila memandang objek jauh. Tanpa kita sedar, kulit di tepi dan bawah mata ditarik dengan paksa dan apabila kerap dilakukan, terjadinya kedutan. Jika anda mengalami masalah mata, jumpa doktor atau dapatkan kaca mata.

5. Guna produk penjagaan mengandungi AHA dan Vitamin C

Asid semula jadi ini membuang sel-sel mati pada lapisan luar kulit, mengurangkan garis halus dan kedutan kulit terutamanya di bahagian bawah mata manakala vitamin C melindungi kulit daripada sinaran UVA serta UVB.

6. Guna pencuci muka daripada gel/krim

Biasanya pencuci muka jenis ini mengandungi agen pelembap yang apabila digunakan, melembapkan kulit dan mengelakkan kehilangan minyak semula jadi pada kulit.

7. Elak jemur bawah matahari terik

Sinaran matahari memang elok untuk kulit namun elak menerimanya berlebihan kerana ia boleh merosakkan kulit dan menghasilkan garisan-garisan halus yang boleh menyebabkan kedutan.

8. Sentiasa guna pelembap

Kulit mudah kering tambah lagi jika anda sentiasa on the go. Oleh itu, digalakkan menyapu produk mengandungi agen pelembap dengan kerap agar kulit sentiasa lembap.

9. Minum air kosong

Sumber terbaik agen pelembap kulit. Amalkan minum air dengan banyak dalam satu hari.

Sumber: siraplimau.com

No comments

Powered by Blogger.