Aktiviti Fizikal Bantu Wanita Kurangi Risiko Kanser - Abang Terlajak Laris


Aktiviti Fizikal Bantu Wanita Kurangi Risiko Kanser




Selain dari pemakanan yang seimbang, aktiviti fizikal dan aktiviti lain juga penting untuk menjaga tubuh badan dan memberi manfaat kepada wanita untuk mengurangkan risiko terkena kanser.

Senaman – Senaman boleh mengurangkan risiko kanser payudara sebanyak 20 peratus. Selain membantu dengan mengawal berat badan, aktiviti fizikal juga dapat menurunkan tahap hormon tertentu yang berkaitan dengan kanser payudara.


Yoga – Yoga mampu memberikan manfaat kepada pesakit kanser payudara dengan mengurangkan keletihan dan keradangan. Walaupun yoga mempunyai banyak elemen yang agak kompleks, para penyelidik percaya pernafasan dan meditasi mungkin mempunyai impak besar terhadap kesihatan tubuh badan.

Menyusu badan – Bagi ibu-ibu yang baru melahirkan bayi, menyusu badan boleh memainkan peranan dalam pencegahan kanser payudara. Semakin lama anda menyusukan anak anda, lebih besar kesan perlindungan terhadap kanser payudara.


Vitamin D – Kajian telah menunjukkan bahawa Vitamin D memainkan peranan penting dalam mengawal pertumbuhan sel payudara yang normal dan mungkin boleh menghentikan sel-sel kanser payudara daripada merebak.


Kurangkan pengambilan lemak – Mengurangkan pengambilan lemak dalam makanan terutama lemak tepu yang datang daripada daging dan tenusu, dan lemak trans daripada makanan yang diproses.


Berhenti merokok – Walaupun hasil kajian mengenai kaitan rokok dan kanser payudara adalah kurang jelas, merokok ternyata satu aktiviti yang tidak sihat. Merokok meningkatkan risiko wanita terkena kanser lain, terutama kanser paru-paru, dan juga serangan jantung, strok, dan penyakit paru-paru yang lain. Jadi, berhenti atau tidak merokok adalah di antara keputusan terbaik untuk kesihatan anda.


Semoga tips ini memberi manfaat untuk anda!

No comments

Powered by Blogger.