Baju Dah Mula Sendat & Ketat, Itu Tanda Anda Gemuk! Ikut Tip Ini Segera - Abang Terlajak Laris


Baju Dah Mula Sendat & Ketat, Itu Tanda Anda Gemuk! Ikut Tip Ini Segera

Masalah pertambahan berat badan akan berlaku bila pemakanan tak dijaga dan tiada aktiviti keluarkan peluh. Paling mudah buat 5 perkara ni cepat!

Makan lauk, kurangkan nasi


Makan lauk telur, ayam dan daging yang mengandungi protein tapi kurangkan karbohidrat terutama nasi. Sumber protien ini bantu proses pembentukan otot dan juga baik untuk pencernaan. Tapi kalau tak bersenam tak akan terhasil juga pembentukan otot.

Minum Kopi


Minum kopi atau minuman kafein lain seperti teh hijau. Pengambilan kafein sebelum bersenam dikatakan dapat membantu kita cergas lebih lama dan lebih ber tenaga. Cubalah minum secawan kopi atau teh pada waktu pagi sejam atau lebih sebelum anda berjalan-jalan atau bersenam dan lihat hasilnya.

Banyak Bergerak

Badan makin berat, jalan malas bangkit. Kena bangun dan selalu bergerak. Mereka yang ada masalah berat badan selalunya suka duduk berbanding orang ang ramping. Jadi kalau di pejabat cuba guna tangga dan kalau menonton tv di rumah sepanjang iklan berdirilah seketika. Selain itu rajin-rajin bersihkan rumah yang mana aktiviti ini dengan mudah dapat bakar kalori.

Makan Ikan


Salmon dan tuna merupakan sumber omega-3 asid lemak, yang dapat membantu meningkatkan  kadar metabolisme. Menurut satu kajian yang dilakukan di Perancis menemukan orang dewasa yang mengambil enam gram minyak ikan setiap hari memiliki lemak tubuh yang lebih sedikit (yang membantu anda membakar kalori lebih banyak) daripada mereka mendapat jumlah yang sama daripada lemak mentega, minyak zaitun dan minyak bunga matahari sebagai gantinya.

Sebab itulah kena amalkan ikan salmon atau tuna sekurang-kurangnya dua kali seminggu atau minta pandangan daripada doktor tentang pengambilan suplemen minyak ikan.

Hujung Minggu Joging


Hujung minggu waktu petang jangan hanya bersantai di sofa. Keluar berjoging, ajak pasangan atau anak-anak. Selain itu setiap hari buat senaman bangkit tubi  untuk meningkatkan kadar metabolisme. Kaedah ini dapat membantu membentuk otot selain membantu membakar lebih banyak kalori sepanjang hari.

No comments

Powered by Blogger.