Baru Berkahwin, 8 Tips Ini Berguna Untuk Anda Tahu - Abang Terlajak Laris


Baru Berkahwin, 8 Tips Ini Berguna Untuk Anda Tahu


Selepas sah sahaja pasangan yang bercinta setelah sekian lama bernikah, maka terbinalah satu tanggungjawablain. 

Jadi apakah persediaan pasangan baharu untuk menempuh alam perkahwinan;

1. Berwaspada Ketika Berbelanja

Anda dan pasangan anda hendaklah tahu kedudukan kewangan anda sebelum berbelanja. Umumnya, wanita lebih arif tentang keperluan di rumah berbanding lelaki, ia secara tidak langsung akan mendedahkan wanita kepada berbelanja lebih daripada kemampuan mereka.

Belilah keperluan rumah, contohnya perabot, secara berperingkat dan utamakan yang penting dahulu.

2. Rujuk Orang Berpengalaman

Rujuklah daripada buku-buku yang berunsurkan pengurusan kewangan, majalah mahupun orang yang mempunyai pengalaman berkahwin terlebih dahulu daipada kita, seperti ibu bapa,adik beradik ataupun sahabat handai kita.

Anda hendaklah meminta pandangan daripada orang yang arif tentang kewangan, bukannya daripada orang yang hanya pandai berbelanja mewah dan bersikap boros kerana pasti tak ubah seperti ketam mengajar anaknya berjalan.

3. Tetapkan Matlamat selepas berkahwin

Lumrah selepas berkahwin, setiap pasangan akan merancang untuk mengumpul dan mempunyai aset mereka sendiri seperti rumah, tanah, kereta dan lain-lain lagi untuk memulakan hidup berkeluarga yang baru.

Tetapkan matlamat anda untuk jangka masa pendek dan panjang. Pihak lelaki mempunyai tanggungjawab lebih sebelum berkahwin kerana mereka perlu meyediakan segala-galanya selepas berkahwin.

4. Agihkan Pendapatan

Setelah mengetahui jumlah pendapatan masing-masing, anda boleh mengagihkan perbelanjaan bulanan mengikut keutamaan. Utamakan keperluan yang penting, seperti keperluan asas, keperluan harian dan bil-bil.

Belilah barang-barang kehendak seperti perabot, perhiasan dalaman dan peralatan elektrik jika benar-benar perlu. Agihan untuk simpanan juga perlu dilakukan untuk bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan.

Pelaburan jangka panjang juga disarankan perlu dirancang untuk kesenangan pada masa depan.

5. Rekod Perbelanjaan

Ramai pasangan mampu membuat pelan pekahwinan dengan baik, tetapi tidak ramai yang mampu melakukan rekod perbelanjaan dengan baik dan konsisten.

Rekod perbelanjaan penting kerana anda boleh menilai rekod perbelanjaan anda dan pasangan anda, sama ada ia mengikut perancangan yang ditetapkan atau melebihi dari jangkaan anda.

6. Kerap Berbincang Bersama

Berbincang suami isteri berfungsi untuk memastikan suami atau isteri mengikut pelan perancangan yang dilakukan dan memastikan perbelanjaan menjadi tidak berat sebelah. Ia bukan hanya akan menolong anda menetapkan kedudukan kewangan keluarga, namun juga mengeratkan hubungan suami isteri sebagai satu pasukan .

Komunikasi yang terjalin dalam mesyuarat akan membina kepercayaan suami isteri serta menolong masing- masing agar berhenti bimbang tentang wang . Dicadangkan agar perbincangan kerap diadakan supaya segala permasalahan dapat dihadapi.

7. Keluar daripada Bebanan Hutang

Ini adalah titik kritikal di dalam pelan pengurusan kewangan, khususnya selepas berkahwin. Sedangkan sebuah institusi syarikat yang besar juga oleh jatuh dengan hutang.

Bincang dan tentukan bagaimana cara untuk melangsaikan hutang anda, seperti hutang rumah dan kereta. Seelok-eloknya hendaklah dibayar secara berperingkat-peringkat dan konsisten.

8. Kumpul Duit Lebihan

Ramai yang menganggap bahawa duit baki syiling yang kita dapat apabila membeli barang dapur atau barang keperluan kurang membawa faedah kepada kita. Bak kata peribahasa Melayu, “sikit-sikit lama-lama jadi bukit.

Jika anda kumpul dengannya melalui menabung, tidak mustahil ia akan mencecah sehingga ratusan ringgit. Mungkin ia sesuai digunakan semasa kecemasan tau kemalangan yang tak diduga.

Sumber dipetik dari: wom.my

No comments

Powered by Blogger.