Cara Buat Minyak Bawang Putih Untuk Anak Batuk - Abang Terlajak Laris


Cara Buat Minyak Bawang Putih Untuk Anak Batuk


Perkongsian oleh Ct Ratu Jamu,

Hari ini nak kongsi pasal buat minyak bawang putih yang saya buat untuk anak batuk. Alhamdulillah, Memang mujarab. Sapu 2 kali kat tapak kaki dia, labu betis, belakang dan dada terus lega batuk. 

Ramai jugak yang pm tanya macam mana nak buat sebab sekarang memang ramai kan anak anak yang sedang batuk. Ini saya kongsikan sedikit cara saya buat. Insyaallah boleh cuba. Cara buat pun tak susah.

1 - Mula mula ambil selabu bawang putih dan dibakar dalam kuali dan tutup, Bakar agak agak dah naik bau dia dan warna kulit bawang menjadi kekuningan.

2 - Ambil bawang tadi letakkan dalam mangkuk dan siram minyak atas bawang yang sudah dibakar tadi. Biarkan lebih kurang 10 minit. (Boleh guna minyak yang anak anda biasa guna, Minyak telon, minyak angin atau minyak zaitun dan minyak masak pun boleh juga.)

3 - Picit bawang kedalam minyak. Bawang sudah menjadi lembut. Sekarang dah boleh sapu kat tapak kaki anak, kat labu betis, belakang serta dada dia.. Insyaallah anak anak anda akan selesa daripada batuk dan batuk akan sembuh dengan izin Allah. Cuba lah. Mudahkan.

*Saya guna minyak masak.


No comments

Powered by Blogger.