Cara Hasilkan Potato Smile Yang Tengah Viral Sekarang - Abang Terlajak Laris


Cara Hasilkan Potato Smile Yang Tengah Viral Sekarang


Perkongsian oleh Ariana Rose Ariana,

Cantik tak potato smile hakak?

Resepi potato smile

Bahan bahan

* 4 biji kentang
* 4 sudu besar tepung gandum
* 4 sudu besar tepung jagung
* 4 sudu besar serbuk roti 
* 1 kiub pati ayam
* garam

Cara cara

Rebus kentang bersama kiub pati ayam hingga empuk. 
Kemudian lenyek kentang hingga sebati.
Campurkan tepung gandum,tepung jagung & serbuk roti.
Perasakan dengan garam.
Uli hingga menjadi doh.
Jika adunan lembik,tambah sedikit tepung jagung.
Canai adunan(jgn terlalu tebal) & tekap menjadi bentuk bulat.
Lubangkan mata guna straw & buatkan mulut guna hujung sudu.
Goreng dalam minyak yg sederhana panas.

Selamat mencuba.

No comments

Powered by Blogger.