Ibu Yang Selalu Rasa Penat, Kena Cuba Minuman Penghilang Lesu Ini - Abang Terlajak Laris


Ibu Yang Selalu Rasa Penat, Kena Cuba Minuman Penghilang Lesu Ini


Perkongsian oleh Suhaili Baharudin,

BAHAN-BAHAN:

Limau kasturi

CARA PENYEDIAAN :

1. Belah dan buang biji. Blend halus dengan kulit sekali bersama sedikit air kemudian tapis. Tak mahu tapis pun tak apa.

2. Nak lagi sedap, tambah sedikit madu asli. Tak ada pun tak apa. No problem.

3. Masukkan dalam bekas kiub (mold) kemudian simpan dalam peti ais bahagian beku.

Setiap kali kita nak minum, cuma ambil satu kiub dari peti ais dan curah air panas. Pati limau kasturi ini walaupun dah ditapis masih banyak serat di dalamnya. Sangat berkhasiat walaupun hanya satu kiub.

Setiap pagi sebelum subuh Kak Eli akan ambil satu kiub dan curah air panas ke dalam cawan. Biarkan. Siap solat, air tadi dah sedikit suam jadi boleh terus minum. Jangan tambah gula ya.

Aroma kasturi yang memenuhi ruang akan menghidupkan rasa nyaman. Melayan hening subuh rasa sangat bahagia dan tenang.

Boleh ulang secawan lagi waktu tengahari atau malam. Wajib cuba dan kita akan rasa perbezaan pada tubuh. Rasa sangat segar dan energetik, kurang rasa sakit badan.Bak kata doktor Rizal, Sihat itu jihad.



No comments

Powered by Blogger.