Jus Lempoyang, Pelbagai Manfaat Untuk Kesihatan - Abang Terlajak Laris


Jus Lempoyang, Pelbagai Manfaat Untuk Kesihatan


Thanks Kak Ma Afidah, bagi lempoyang ni.

Walaupun pahit ku telan jua.

Korang jangan ingat ni halia pulak. 
Karang ada yang selamba masukkan benda dalam masakan. Mau terkejut mak mertua korang nanti.

Disebabkan bentuknya macam halia. Salah satu khasiat bila minum jus lempoyang ini ialah untuk buang angin dan bisa-bisa dalam badan.

Bukan tu je, lempoyang ni dapat bantu mencegah kanser pangkal rahim, mencantikkan kulit dan mengatasi masalah buasir,

Ibu-ibu yang menyusukan baby, lempoyang membantu memperbanyakkan susu badan ya. Jangan lupa zikir Ya Matin masa menyusu atau tengah mengepam.

Kat sini Cik Ima kongsi resepi Jus lempoyang

Bahan-bahan:


Lempoyang
Air suam
Garam bukit

Cara-cara:
1. Blend halus lempoyang dengan air suam.
2. Tapis untuk dapatkan jusnya.
3. Letak sedikit garam bukit untuk mengurangkan rasa pahit.

Pesanan keramat.

Tak sanggup bau jus tu, hangpa tutup la hidung tu. Pastu telan.

Jangan letak banyak garam lak untuk hilangkan pahit. Karang penyakit lain pula menyinggah.

Da kata jamu memang la pahit kan.
Korang nak fikir pasal pahit tu ke, nak fikir korang sihat.

Ha senangkan buat jus ni. Bahan pun boleh dapat kat dapur.

No comments

Powered by Blogger.