Jus Pelbagai Khasiat Hasil Gabungan Peria Katak & Pegaga - Abang Terlajak Laris


Jus Pelbagai Khasiat Hasil Gabungan Peria Katak & Pegaga


Perkongsian oleh Elina Farhana Paiso,

Saya sangat cemburu melihat wanita seusia mak mak kita semua kulit cantik tegang. Hanya mengamalkan suplemen Dari jenis jenis daun sahaja, saya dah terdedah dengan pelbagai produk tapi hasilnya sampai satu tahap muka mengalami masalah yang serius . Serik.

Selain untuk kecantikan. Pegaga juga Ada pelbagai Khasiat untuk kesihatan. Ok harap Saya istiqamah. Ini hari kedua saya minum jus pegaga.

Peria katak juga mempunyai pelbagai khasiat. Salah satu dapat mengurangkan masalah penglihatan mata, sistem imun dan dapat mengurangkan darah yang bertoksin. Tapi rasanya pahit.

Satu jug blender :
1 ikat pegaga RM1
Peria katak 3 biji RM1 , saya guna sebiji sahaja 
Cuka epal 2 penutup 
Sedikit madu bagi menghilang kan rasa pahit
Air satu mug

Blender semua

* Rasa dia tak lah teruk sangat tak juga sedap . Tapi ok untuk diminum . Yang penting baik untuk kesihatan dan tubuh badan. Minum bila-bila masa. Hehe selamat mencuba.

No comments

Powered by Blogger.