Nak Kecutkan Jerawat Dengan Mudah, Cuba Cara Ini - Abang Terlajak Laris


Nak Kecutkan Jerawat Dengan Mudah, Cuba Cara Ini


Perkongsian Nauf Safuan,

Ini percubaan pertama aku mengunakan kunyit dan timun. Aku share pengalaman aku ya.

Tujuan aku pakai mask ini. Sebenarnya nak kecutkan jerawat kat atas kening ni dan aku campur dengan timun untuk haluskan kulit aku dan kecilkan pori pori. Timun tu juga bertindak untuk mengawal minyak yang bertakung kat muka aku ni.

Perbezaan selepas aku pakai mask kunyit timun ni. Muka nampak lebih fresh. Kulit rasa lembut. Jerawat atas kening dah mula tunjuk kesan nak mengecut.

Kulit aku jenis berminyak. Aku pakai pagi. Alhamdulillah sampai malam kulit aku mantain ja tak berminyak. Sampai malam kulit mantain lembut dan lembab. Mungkin sebab kunyit tu hampa buh 1 sudu kecik. Sudu kfc tu. Pakai jangan lama sangat. Nanti muka jadi kuning. Pakai dalam 5 minit dan terus cuci guna air bersih.


No comments

Powered by Blogger.