Rojak Sotong Kangkung? Meh Cuba Buat Sendiri - Abang Terlajak Laris


Rojak Sotong Kangkung? Meh Cuba Buat Sendiri


Siapa tak pernah makan sotong kangkung? Ada juga yang memanggilnya rojak sotong atau rojak sotong kangkung.

Bahan-bahannya:

2 cekak kangkung, siang, cuci bersih dan toskan
2 ekor sotong kembang, saiz sederhana
Bijan secukupnya, disangai hingga wangi
Kacang tanah tumbuk secukupnya (atau kisar sederhana halus) 
Beberapa titik minyak bijan

Bahan sos:

2 camca besar cili kisar
1 camca besar sos hoisin
2 camca besar sos plum
4-5 camca besar petis
1 camca besar kicap pekat
2 camca besar kicap manis
Gula secukupnya
1 cawan air
(Boleh tambah sedikit belacan jika mahu)

Cara membuat sos:

1. Tumis cili kisar hingga harum. 
2. Masukkan sos hoisin dan sos plum, kacau rata. 
3. Tambah petis, kicap pekat dan kicap manis, kemudian kacau dan tuang air. Kacau hingga sebati dan renihkan hingga sos pekat. Sesuaikan rasa. Biar sejuk.

Cara membuat Sotong Kangkung:

1. Bersihkan sotong dan potong kiub pada saiz sederhana.
2. Celur ke dalam air mendidih bergaram selama 1-2 minit, angkat dan toskan.
3. Celur kangkung dalam air mendidih bergaram yang di tambah sedikit minyak makan selama 30 saat. Kemudian, angkat, toskan dan rendam dalam air berisi air batu. Bila kangkung sejuk, toskan hingga kering.

Cara menghidangnya:

Susun kangkung dan sotong dalam bekas bersesuaian. Tuang sos ke atas sotong tadi dan ratakan. Kemudian, tabur bijan dan kacang tanah, letak sedikit minyak bijan jika mahu. Hidangkan segera dan siap dinikmati!


p/s: Tak de masa nak buat di rumah, Jom ke Romah Terlajak Laris


No comments

Powered by Blogger.